HARAPAN DAN AZAM 2019


Assalamulaikum kepada semua pembaca yang dikasihi. Walaupun sebulan telah berlalu tapi dalam sedar tidak sedar rupanya kita sudah pun berada dibulan Februari di tahun 2019.  Masa itu emas kan, sekejap sahaja kita semua sudah meningkat usia dan memori tahun-tahun sebelum ini adalah pengalaman mematangkan kita semua. Betul tak? 

Harapan Siti tahun ini hanya inginkan kesihatan yang baik, hidup tenang bersama family dan ingin mendalami ILMU Allah. Bila sudah berada dialam 40an ini FOKUS berubah sedikit demi bekalan di alam sana. Semoga dikekalkan Hidayah dan dikurniakan Taufiq berpanjangan sehingga ke akhir hayat ini. Aamin. 

"Ya Muqallibal Qulub Thabbit Qalbi A'la Dinik Wa'ala Thaa'tiq"
(Ya Allah yang membolak balikkan hati, teguhkan hatiku dalam agamaMu dan ketaatan padaMu) 

p/s : Bersamalah kita amalkan doa ini

Selamat tahun baru 2019 dari 
www.sitinorizamishak.com

Alhamdulillah kehidupan Siti dari alam remaja, berumahtangga dan kerjaya dilancarkan olehNya. Walaupun hidup sederhana dengan usaha dan kudrat yang ada tetap tenang melalui liku-liku kehidupan ini. Terima Kasih ya Allah atas nikmat & rezeki yang kau limpahkan kepadaku. 


Pada semua, Siti doakan, Ya Allah, muliakanlah orang yang sedang membaca blog ini. Lapangkanlah hatinya, bahagiakanlah keluarganya, mudahkanlah segala urusannya, kabulkanlah cita-citanya, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkanlah dari segala musibah. Terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikan dia penghuni syurga MU. Aamiin Ya Rabbal' Alamin.

More Loving from Skuad PB EXPERT
Siti 010-5668059| G8unity Business Leader


Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI ~ Jangan main-main dengan MAHARANI

KELEBIHAN TEH TARIK MINCHA DARI TEH TARIK MAMAK

Premium Beautiful Hand & Body Lotion