TDC Utara Intensive Training
Salam Sejahtera semua ;)
Ini adalah kelas pertama tahun 2017 yang dijalankan di TDC Utara.
Kelas tambahan ini adalah untuk semua usahawan TDC dari Kedah, Perlis,
Pulau Pinang dan Perak. Kami berkumpul untuk mendapatkan ilmu bisness.
Topik pulak berbeza-beza setiap bulan.
Excited sangat kami bila ada kelas ilmu. Seronok
bila dapat jumpa kawan-kawan usahawan sebab kami punyai matlamat dan impian
yang sama. Nak berjaya kena lah rajin-rajin cari ilmu kann..
Thanks kesayangan my partner
@sitinadiahahmad & @julieyanamanan berjaya hadir kelas untuk pembukaan
tahun 2017.
Slot pertama disampaikan oleh DDM Fiza Mahazir. Berkongsi "Business Proposal" Nak jadi usahawan yg
hebat salah satunya mesti mahir present biznes plan.. Kena betul- betul faham
& ini adalah roda pertama sebelum memulakan perniagaan.
Pada slot 2, Siti bertugas berkongsi tips untuk cabaran baru iaitu TDC 3S Challenge. Cabaran ini bermula Januari - April 2017 untuk semua ahli 'The Diamond
Cirlce' Tujuannya adalah untuk asah diri sendiri & rakan kongsi HEBAT dalam selling. Nak tahu jugak... kena laa
personnal whatsapp Siti nanti yaa..
Paling
best & teruja pada hari itu kami ada tetamu istimewa dari Melaka yang datang jauh untuk kongsi tips & bagi
semangat pada kami di Utara. Orang yang Siti maksudkan adalah DDM Olyn .Thanks you :)
Slot terakhir di sampaikan oleh CDM Ain
Zulkarnaid. Siti akui memang best sangat ilmu yang CDM kami
kongsikan iaitu Personal Branding + Premium Beautiful (PB+PB) ghitu..
Semoga ilmu yang dikongsikan oleh kami
berempat akan digunakan sebaiknya oleh anak-anak TDCutara. Alhamdulillah overall kehadiran yang memberansangkan diawal
tahun 2017. Terserlah semangat membara di wajah kami setelah upgrade ilmu
dan dapat tips untuk boost sales.
Berniaga dan menjadi TDC members bukanlah semata-mata
menjadi ejen atau penjual. Setiap ahli dilatih untuk menjadi USAHAWAN. Usahawan yang tinggi ilmu, berketrampilan dan
keperibadian tinggi. Nowadays, ramai yang telah cuba berniaga tapi tidak
berjaya kerana tiada mentor & panduan. Ada yang baru bermula tapi masih
terkial-kial dan kayuh perlahan-lahan untuk melatih diri berniaga tanpa mentor
& panduan. Dan yang paling ramai adalah mereka yang masih tercari-cari cara
untuk memajukan diri, menambah pendapatan, mencari-cari peluang tapi tidak tahu
cara & di mana.
Comments