FAQ Premium Beautiful?
PREMIUM BEAUTIFUL "CLASSICAL"
PREMIUM BEAUTIFUL "ELEGENCE"
1) Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu
peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan
bentuk badan?
Tidak.
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik
semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan
cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan
kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar
metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik,
telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful
tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian
untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
2.
Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
Pakaian dalam
pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi
yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang
mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium
Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda
akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
3.
Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang
sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?
Anda dicadangkan
supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana
selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun
ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada
bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi
mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan
pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi
secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas
bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya
boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi
wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan
pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam
masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah
turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Berapa
lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian
pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten.
Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya
anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama
1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula
beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan
kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai
Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari
pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh
tersebut, anda akan berasa semakin selesa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
5. Adakah pemakaian Premium
Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?
Payudara
yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan
pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan kaum
wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3
keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia
tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga
dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara
serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
6.
Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu
besar dan menyebabkannya melimpah keluar?
Premium
Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan keluli
dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang
dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan
yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat
menampung payudara yang besar sepenuhnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
7.
Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai
Premium Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium
Beautiful, payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?
Saiz payudara mungkin
akan berubah berpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang. Namun sekiranya
kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium Beautiful dalam jangka
masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah payudara yang kendur dan menggelebeh,
seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
8.
Bilakah Long Brassiere Premium Beautiful sesuai dipakai? Apakah tempat
yang sesuai untuk memakainya?
Anda
akan memperolehi kesan yang terbaik sekiranya anda memakai Long Brassiere
Premium Beautiful setiap hari. Apabila bentuk badan sudah dikekalkan, anda
boleh memakai Long Brassiere Premium Beautiful bersama-sama dengan singlet,
skirt atau seluar pendek mengikut kehendak anda. Namun, sekiranya anda tidak
dapat memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari, anda boleh memilih
untuk memakainya bila-bila masa sahaja misalnya semasa anda menghadiri majlis
perkahwinan atau majlis makan malam. Ia dapat menonjolkan bentuk badan yang
langsing dan menarik.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
9. Mengapakah kita perlu
memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
Lemak
mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha.
Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan
terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak
mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar , maka kontur badan akan
menjadi tidak menarik.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
10.
Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist
nipper?
Jom, tanya saya, bagaimana untuk dapat set Premium Beautiful anda. Hubungi no dibawah ;)
Comments