Majlis Ulangtahun Syarikat ke22 ~ My Dream My Distiny!!..
Alhamdulillah.. Selamat sampai juga setelah meredah beribu kilometer untuk sampai ke Majlis Ulangtahun Syarikat yang ke 22 (MUT22) pada 8th Nov 2014 di MIECC, Mines, Seri Kembangan. Kali ini Siti ditemani oleh suami dan rakan kongsi @SitiNadiah. Kami bertolak seawal 5.00pagi dari Kulim, Kedah dan sampai di KL dalam 9.30pagi. Setelah siap sarapan + makan tengahari di Medan Selera Setapak, KL. Kami mandi & makeup kat Masjid je sebab kami plan balik hari. Tak kisahlah apa cabaran pun yang penting berada dalam majlis tersebut. With partner yang kecil molek @SitiNadiahAhmad With my husband @MatZahir. Tujuan Hai-O Marketing mengadakan Majlis Ulangtahun Syarikat kali ke-22 adalah untuk meraikan kejayaan Crown Diamond Manager (CDM) yang telah berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM2,000,000. Bagi yang tak tau lagi, CDM ni merupakan pangkat tertinggi dalam business ini. Dan bila dah bergelar CDM bermakna mempunyai empayar yang kukuh dan luas da