New Product - BV ALFAFA CONCENTRATRED
Selamat Petang semua!!..
Kali ni Siti nak citer tentang Alfafa.. Tengah hot ni!!..
sebelum tu jom kita baca apa khasiatnya!!

Apakah itu Alfalfa?
Alfalfa
adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara
empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun,
bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna
ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Alfalfa mempunyai
akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga
menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap
mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang sukar dicapai
oleh tumbuhan biasa yang lain. Selain itu, akarnya yang panjang dan
berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau.
Khasiat Alfafa
Alfalfa
secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan
zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin
A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin,
asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat
kaya dengan protein.
Perkataan
alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah,
yang bermaksud “Bapa semua makanan” kerana ia sangat kaya dengan mineral
penting yang menjadikan alfalfa makanan tambahan yang sangat
berkhasiat untuk kesihatan manusia.
Herba
alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap
kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting.
Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan
darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan.
Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan
darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara
berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit
kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan
magnesium.
Keistimewaan Alfafa:-
Menyahtoksid
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga
mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid
setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan
tercemar daripada badan.
Menggalakkan sistem penghadaman yang baik
Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.
Mengalkalikan badan
Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Alfalfa
membantu meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali
semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah
kesihatan.
Menghilangkan bau nafas
Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan
berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia
membantu meningkatkan fungsi imuniti badan.
Mengurangkan haba badan yang berlebihan
Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan
Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas
badan.
Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting
Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir
sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang
berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam
alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan
dan seterusnya meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan
oleh sistem badan.
Wau!!.. banyakkan khasiatnye. Rasa memang sedappp!!!
Comments