10 Bandar/Tempat Kos Sara Hidup Paling MAHAL Di Malaysia
Dipetik
daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut
merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara
hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
Perkara
yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam,
sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga
keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Dengan
kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan
keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji
sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di
Pulau Pinang.
Ia
dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut
mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak
dan Paka di Terengganu.
Namun,
harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di
tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai
penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
Mungkin
ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau
Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat
untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar
sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat
tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun
kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh
diperolehi sekitar RM500 sebulan.
Walau
kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan
keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain
di Semenanjung Malaysia.
Harga
ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala
Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun
Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal,
mungkin kerana kesegarannya.
Harga
ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara
RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun
oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala
Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan
pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala
Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.
Namun
di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya
agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal
pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada
penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan
keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih
baik berbanding mereka.
Keadaan
sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat
industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa
menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.
Sumber : lamankongsi.com
Comments