JADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM

☘ Hidup ini indah jika mata hati mu tidak berkeladak dengan nanah & lumpur kotor. Cuci lah hati mu itu.



☘ Tiap hari mesti didik diri sendiri untuk jadi manusia yang lebih baik dari semalam.

☘ Usah cepat lemah semangat sekiranya anda ditindas atau dibuli oleh manusia-manusia kejam atas dunia ini.


☘ Bersyukur dengan nikmat kecil yang Allah kurniakan. Kecil di mata mu, tetap kau tidak mampu membalas nikmat Ilahi.

☘ Kalian tak perlukan beratus orang kawan. Cukuplah ada 3-6 orang sahabat rapat yang sentiasa akan push kalian untuk lebih berjaya.

☘ Kerana kita tak pasti amalan mana yang akan diterima atau ditolak oleh Allah. Maka. Teruskan berbuat baik sesama manusia.

☘ Bersyukurlah sekiranya bisnes kalian masih survive sehingga ke hari ini.
Jom Jadi Lebih BAIK Dari Semalam.


Post a Comment

nRelate Posts and Homepage