HAPPY NEW YEAR 2018


Salam sejahtera semua :)

Hari ini sudah 5hb Januari 2018, pantasnya waktu berlalu. Rasanya belum terlewat nak ucap "SELAMAT TAHUN BARU 2018" buat semua yang sudi singgah di blog Siti. 

Penutup tahun 2017 memang lain sangat. 24hb Disember Siti baru balik dari Seminar G8unity. Gelombang Unity semakin menjadi-jadi. Baru je satu hari launch tapi aura, semangat & energy tu memang lain sungguh. 




Cuti krismas pula sibuk dengan persiapan terakhir anak untuk sekolah. Tahun 2018 anak no.3 sekolah menengah & anak no.4 sekolah rendah. Dua anak ni pun bajet boleh tahan. Untung si anak sebab si ayah dah buat simpanan awal untuk perbelanjaan. Tak lah kelam kabut itu ini tak cukup kan...

Back to office, 2 hari kerja sibut dengan SIRIM audit. Alhamdulillah settle. Pastu cuti panjang sampai new year gara-gara clear kan cuti tahun 2017. Ini yang best ohh.. hik3.



Opp!.. 29hb Disember rezeki dapat berjumpa dengan our great mentor CDM Hanis Haizi. Kebetulan time tu CDM turun ke Penang. So kami TDC Diamond Utara  terus ambil peluang untuk power up section. Tips yang CDM bagi memang berapi sungguh!. sampai sakit kepala masa on the way balik sebab input yang dapat dah terlebih over thinking. Fikir apa yang perlu nak buat ini?  Sampai sekarang semangat , aura & energy tu masih lagi berapi-api untuk Siti sahut cabaran. Bullet & tips dah dapat xkan nak biar begitu jee.. mesti kena all out buktikan. Doakan Siti yaa untuk terus diberi kekuatan & semangat juang yang tinggi untuk jadi usahawan yang hebat.  





Keesokannya pulak personal touch terus dengan bakal my next Diamond Nadia Ahmad. Tahun 2018 azam Nadia nak memerdekakan duit poket. Nak meroket sama-sama ke Swiss & Paris ghituu..



Hari terakhir iaitu 31 Discember, plan asal nak ke Perlis for business sharing tapi sebab prospek ada on coll pagi tu terpaksa cancel appointment. Tapi Allah tukar plan. Siti ke Bertam pagi tu untuk bantu partner "Shamimi" buat biznes. Seronok Mimi bila sudah jelas tentang Biz Plan, terus punch sales hari itu juga dengan total amount almost 2K++. Closing day hari terakhir 2017 terus meroket sales masyuuk! Tak sabar  mimi nak merasa bonus 10hb January ini. 


On the way nak balik ke rumah my next Diamond Nor Asma pula datang ke rumah untuk setting target 2018. Time tu Asma baru je lepas appointment dengan prospek PB. Alhamdulillah rezeki akhir tahun 2017. Semua ini gara injection dari CDM Hanis. Hebat sungguh ni ;)


Pagi tahun baru bermula dengan ragam anak no. 4 Amanda Nur Damia. Terlebih excited nak ke sekolah, pukul 5 pagi dah bangun gara-gara tak sabar nak jumpa cikgu & kawan-kawan sekolah. Dah besar anak bongsu mama ni :)



Petang tahun baru meet my next Sales Manager Fatimah Nik Mat. Imah pun baru jumpa icon biznes CDM Hanis Haizi. Tak senang duduk katanya sebab gara-gara dapat ilmu direct dari CDM Hanis. Kena FOKUS & rangka strategi untuk bertindak. Semoga dipermudahkanNya usaha kami.


Apa pun kita semua sudah melangkah ke tahun 2018. Doa Siti pada anda semua semoga azam & impian anda semua terlaksana serta dapat menjalani kehidupan ini akan menjadi lebih bahagia, lebih bermakna, dan lebih berlimpah berkah dariNya.

Siti pun berharap sangat agar tahun 2018 akan lebih baik untuk business. Target nak lahirkan lebih ramai lagi usahawan online, setiap bulan 2rakan kongsi bersatus Sales Manager, 100K sebulan untuk group sales, layak untuk dapat Car Fun & terus jadi Double Diamond Manager before June 2018. Itu lah azam & impian Siti untuk setengah tahun ini. DOAkan Siti ya. Terima Kasih semua.



Post a Comment

nRelate Posts and Homepage