TDC Utara Intensive Training


Salam Sejahtera semua ;)

Ini adalah kelas pertama tahun 2017 yang dijalankan di TDC Utara. Kelas tambahan ini adalah untuk semua usahawan TDC dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Kami berkumpul untuk mendapatkan ilmu bisness. Topik pulak berbeza-beza setiap bulan.

Excited sangat kami bila ada kelas ilmu. Seronok bila dapat jumpa kawan-kawan usahawan sebab kami punyai matlamat dan impian yang sama. Nak berjaya kena lah rajin-rajin cari ilmu kann.. 


Thanks kesayangan my partner @sitinadiahahmad & @julieyanamanan berjaya hadir kelas untuk pembukaan tahun 2017. 

Slot pertama disampaikan oleh DDM Fiza Mahazir. Berkongsi "Business Proposal" Nak jadi usahawan yg hebat salah satunya mesti mahir present biznes plan.. Kena betul- betul faham & ini adalah roda pertama sebelum memulakan perniagaan.


 
Pada slot 2, Siti bertugas berkongsi tips untuk cabaran baru iaitu TDC 3S Challenge. Cabaran ini bermula Januari - April 2017 untuk semua ahli 'The Diamond Cirlce' Tujuannya adalah untuk asah diri sendiri & rakan kongsi HEBAT dalam selling. Nak tahu jugak... kena laa personnal whatsapp Siti nanti yaa..


Paling best & teruja pada hari itu kami ada tetamu istimewa dari Melaka yang datang jauh untuk kongsi tips & bagi semangat pada kami di Utara. Orang yang Siti maksudkan adalah DDM Olyn .Thanks you :)

Slot terakhir di sampaikan oleh CDM Ain Zulkarnaid. Siti akui memang best sangat ilmu yang CDM kami kongsikan iaitu Personal Branding + Premium Beautiful (PB+PB) ghitu..


Semoga ilmu yang dikongsikan oleh kami berempat akan digunakan sebaiknya oleh anak-anak TDCutara. Alhamdulillah overall kehadiran yang memberansangkan diawal tahun 2017. Terserlah semangat membara di wajah kami setelah upgrade ilmu dan  dapat tips untuk boost sales.

Berniaga dan menjadi TDC members bukanlah  semata-mata menjadi ejen atau penjual. Setiap ahli dilatih untuk menjadi USAHAWAN. Usahawan  yang tinggi ilmu, berketrampilan dan keperibadian tinggi. Nowadays, ramai yang telah cuba berniaga tapi tidak berjaya kerana tiada mentor & panduan. Ada yang baru bermula tapi masih terkial-kial dan kayuh perlahan-lahan untuk melatih diri berniaga tanpa mentor & panduan. Dan yang paling ramai adalah mereka yang masih tercari-cari cara untuk memajukan diri, menambah pendapatan, mencari-cari peluang tapi tidak tahu cara & di mana.


Jom join team TDC untuk berniaga cara yang berkesan. Hubungi Siti dengan segera ya :)


Post a Comment

nRelate Posts and Homepage