Salam Nuzul Al-Quran

Salam 17 Ramadan 1437 kepada semua Muslimin dan Muslimat ;)  Salam Nuzul Al Quran. Al Fatihah buat para sahabat & perwira yang syahid di Perang Badar. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, berilah keampunan-Mu kepada kami, pertemukanlah kami dengan malam Lailatul Qadar & berkatilah 10 malam terakhir kami. Amin, Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin.

‘Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan untuk itu serta pembeza antara yang benar dan yang batil’ Al-Baqarah 2:185

AMALAN YANG SERING DILAKUKAN PADA NUZUL AL-QURAN


Selalunya bila tiba Hari Nuzul Al-Quran kita digalakkan beriktikaf di masjid, sembahyang berjemaah dan seterusnya bersembahyang Tarawih dan Witir, membanyakkan membaca Al-Quran dan bertadarus beramai-ramai, membanyakkan berdoa, beristighfar memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala, membanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.

Allah dah menjanjikan permulaan Ramadhan itu Rahmat, Pertengahannya adalah MAGHRIFAH (Keampunan) dan Penghujungnya adalah Kebebasan daripada Api Neraka. Jadi tanggal 17 Ramadhan masih dalam pertengahan bulan Ramadhan jadi ini adalah masa MAGHRIFAH. Jadi inilah masanya juga kita perlu perbanyakkan amalan-amalan baik terutama yang sunat seperti Zikirullah, Solat Sunat, Membaca Al-Quran dan sebagainya agar kita memperoleh keampunan dari yang MAHA PENGAMPUN lagi MAHA BESAR. Dan kita juga akan melangkah ke 10 hari terakhir Ramadhan yang salah satu malamnya lebih baik dari 1001 malam. Jadi kita ambil tarikh besar Nuzul Al-Quran ini agar bermula mencari Fadhilatnya sebelum terlambat… InsyaALLAH.

Tertimoni Terbaru Set Kurus Bajet (SKB)

Selamat Petang semua :)

Hari ni Siti nak berkongsi sikit citer pasal set kurus bajet ni. Ada yang whatsapp tanya set ni ubat kurus ke? Sebenarnya namanya memang SetKurusBajet, tapi ini bukanlah pil kurus atau ubat kurus ok..., ini adalah set supplement yg boleh membantu mengurangkan berat badan dengan sihat. 

Alhamdulillah hampir setiap hari terima testimonial TERBARU SET KURUS BAJET (SKB) ini. Set ini membantu ramai golongan wanita & lelaki untuk turunkan berat badan dengan selamat dan berkesan. Lebih-lebih lagi dekat raya ni... masing-masing semangat nak turunkan berat badan supaya muat pakai baju raya nanti. Yang paling penting dapat kesihatan yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Semuanya berpuas hati dengan tahap kesihatan diri masing. Ramai yang dah dapat turunkan berat badan, semakin cergas dan terhindar dari penyakit.  


Jom baca feedback mereka yang dah mengamalkan Set Kurus Bajet (SKB) yang mesra pengguna dan SELAMAT ini.

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2

TESTIMONI 3

TESTIMONI 4


TESTIMONI 5


TESTIMONI 6


Hebatkan gabungan 3 produk hebat ni, Min Kaffe + Garlic Tablet + BV Alfalfa .Namanya pun SET KURUS BAJET, so harganya memang harga bajet dan murah je.. Jom order dan info mengenai product hubungi no dibawah ;)





MinKaffe di Suria FM



Sahajidah Hai-O pun power promote #MinKaffe... Jangan ketinggalan mendengar pengumuman waktu imsak & iftar tajaan Min Kaffe dan juga iklan radio khas Min Kaffe. Semua ini akan ke udara melalui SuriaFM dari 6 Jun - 3 Julai, dibawakan khas oleh Sahajidah Hai-O.  

Tujuanya adalah menggalakkan orang ramai untuk menikmati Min Kaffe setiap kali berbuka & bersahur..Satu²nya kopi yang tiada Gula tapi ada Garam Buluh yang bagus untuk kesihatan & kecergasan badan. Kurangkan minum yg manis² semasa berpuasa. Cuba pula our Coffee..

Sahur yang ringkas tapi mengenyangkan. Satu²nya kopi ramuan Garam Buluh yang kaya Mineral bagus utk kesihatan & kecergasan..


Dapatkan segera dgn special PROMO sepanjang Ramadhan



Berpuasa bersama Set Kurus Bajet (SKB)

SALAM RAMADHAN

Pagi ni Siti nak share tips untuk boleh diamalkan di bulan Ramadhan. Ada je di antara kita ni yang kurang berselera nak makan pada waktu sahur @ awal pagi kan? Tapi sunat untuk kita bersahur. Dapat pahala. Takkan nak tinggal macam tu je. Tak bagus lah. So jom follow tips ni. Selain dapat pahala u all juga tidak lapar dan akan rasa cergas untuk melakukan kegiatan harian juga beribadah sepanjang hari.



1. Minum 1-2 sachets MIN KAFFE masa bersahur + kurma 3 biji. Ianya bantu anda menahan lapar sampai ke petang. Kepada yang makan berat tu, lepas sahur jangan lupa minum BV ALFALFA juga segelas selepas makan.

2. Masa berbuka confirm makan macam-macam kan? Jadi selepas makan, minum segelas BV ALFALFA untuk singkirkan kolestrol & beri tenaga untuk solat terawih.

3. Ambil GARLIC 2 biji sebelum tidur. Dapat buang angin especially bila berpuasa & for those senang kena gastrik.


SET KURUS BAJET ni hanya sekadar nama. Sebenarnya ketiga-tiga product ni bagus untuk kesihatan & untuk kekalkan kecergasan badan. Tak adalah nanti masa Ramadhan kita lemau jer. Sambil tu dapat turunkan berat juga. Badan pun lebih sihat.

Sebenarnya, ramai wanita ingin mendapatkan bentuk badan yang menarik. Kita semua tahu betapa pentingnya pemakanan yang seimbang, malangnya ramai antara kita disebabkan sibuk tidak dapat menjaga makan dengan betul.

SetKurusBajet mampu membantu memberikan kita nutrien yang sepenuhnya disamping membantu proses detoksifikasi. Proses detoks inilah yang akan bantu membuang kotoran. Selamat mencuba & if rasa tips ini berguna, selamat share dengan kawan-kawan & family pula. 
Dapatkan segera SETKURUSBAJET ini hanya RM160.00/set. 


Selamat Datang Bulan June 2016 & Ramadhan 1437

 Assalamualaikum ^_^

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
Selamat tinggal bulan Mei Selamat Datang Bulan June.  Alhamdulillah.. Allah bagi peluang untuk kita berada dibulan June ini. Beberapa hari lagi je kita semua akan berda dibulan Ramadhan Al-Mubarak. Sekejap masa berlalu... Sedar tak sedar hampir separuh tahun 2016 kita lalui. Insya Allah 1 Ramadhan 1437 akan jatuh pada  6hb June 2016.

Siti ingin mengucapkan kepada seluruh umat islam, selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan dimana nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, doa di ijabah, pahala di lipat ganda. 

Tapi, itu semua tak akan terjadi tanpa maaf tulus dalam keikhlasan dari hati. Oleh itu, saya Siti ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas kesalahan dan kekhilafan antara kita. 

Semoga Allah mempermudahkan dan menerima amal ibadat puasa kita pada tahun ini dengan izin-Nya In syaa Allah. 

Marhaban ya Ramadhan.



nRelate Posts and Homepage