Kelas Blogging TDC Utara

Salam kaya berjaya untuk semua :)

Entry kali ni Siti nak share kelas blog TDC Utara. Tujuan kelas kali ni adalah untuk membantu anak2 niaga untuk create blog masing-masing. Kelas adalah percuma.  Kelas diterajui oleh CDM Ain Zulkarnaid dan dibantu oleh beberapa leader utara iaitu DDM Fiza Mahazir, SSM Wani Ameen & off coz laa me DSM Siti Norizam Ishak :)

Blog pada masa sekarang sentiasa menjadi medium yg mendapat sambutan tinggi. Ia adalah satu platform yang evergreen di mana semakin hari semakin banyak blog baru yang dibuat. Sama ada blog peribadi, blog perkongsian hobi, blog perniagaan dan blog syarikat. Semuanya dengan matlamat menyampaikan mesej yang tersendiri kepada para pembaca blog mereka.

Blog membolehkan kita menulis perkembangan terkini dan maklumat penting berkaitan perniagaan, tips dan sebagainya. Berbeza dengan halaman jualan, laman web atau status FB, dgn blog kita boleh menyampaikan maklumat perniagaan kita dengan lebih mudah, jelas dan kekal...Ia ibarat rumah atau kedai kita yang dibuka 24 jam sehari, dan boleh dikunjungi bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja. Paling menarik, kita tidak perlu pun berada online sepanjang masa sebaliknya hanya perlu menguruskan tempahan dari pelanggan sahaja. 

Yang pakai shawl maroon tu lah CDM Ain Zulkarnaind a.k.a CDM Yong :)

DDM Fiza Mahazir yg shawl black tuu..

SSM Wani Ameen tengah check blog memasing :)

and Me.. Siap jaga baby syasya lagi. Anak bukan penghalang si ibu belajar blog. Sebab anak laa kena belajar & mahirkan blog. One day boleh laa si ibu jana income dari rumah kann... ;)





Suasana kelas yang santai & selesa untuk anak2 TDC Utara belajar create blog sendiri



Tanpa guru tak kemana kita dalam sesuatu bidang terutamanya dalam business. Business ini lebih long term,semakin kita  buat semakin menjadi... BLOG  juga merupakan platform untuk kita memudah pelanggan mengenali produk perniagaan kita. Maklumat yang tepat dan menarik, memudahkan pelanggan untuk mencari apa yang mereka inginkan. Sebab tu lah kena belajar blogging ;)

Yang berminat menjadi my protege, jangan segan untuk menghubung Siti. Kita bina kerjayaan bersama dengan plan dan strategi Social Media ini untuk mencari side income atau bertukar kerjaya kepada mumpreneur/usahawan. Contact yaa!!


Post a Comment

nRelate Posts and Homepage