Bengkel TDC Power - PART 1


Alhamdulillah selesai sudah Bengkel TDC Power - Part 1 yang berlangsung pada 30hb July 2016 yang lalu. Masih terasa lagi bahang kehangatan bengkel TDC ini. Bengkel yang julung2 kali diadakan pada Tahun 2016 dengan bayaran hanya RM20 kepada ahli The Diamond Circle. Haaa... terkejut RM20 je.. siapa yang tak datang memang rugi besar lah... sebab ILMU yang kami dapat boleh membantu untuk genggan income RM10,000 sebulan.. 💰💸


Seramai 70 orang usahawan TDC seluruh Malaysia hadir ke Workshop ini yang diadakan oleh The Diamound Circle team bertujuan untuk memantapkan lagi ILMU dan SKILL dalam perniagaan untuk ahli-ahlinya. Ada yang datang dari Utara, Selatan dan semestinya dari Central. 


Me with my biznes partner Fatimah Nik Mat. Kalau tidak bertiga kami dengan NorAsma tetapi sebab Asma ada hal emergency tak dapat laa join kitaorg. Terpaksalah kami berdua redah jugak ke KL. Kami bertolak awal pagi sebelum subuh & solat subuh di hentian Juru. Kul 9pagi kami berdua dah sampai di hentian Sg. Buluh. Mandi je kt situ & bersiap2 laa apa yang patut sambil tunggu rombangan utara yang lain sampai. Lepas tu baru konvoi pergi ke B31 Klang.


Yeaayyy!! dah siap dengan mata panda. hahaha..


1st time Imah berjaya hadir ke kelas ILMU di central. Excited kan wajahnya ;) 
Berbaloi kan datang, dah nampak hala tuju, makin jelas! Makin SEBERAPI!...🔥🔥🔥🔥
Caiyok Imah, u can DU IT 💪💪💪

Sampai je kat B31 Klang terus lapur diri & ambil fail handouts di kaunter. 

Pengisian bengkel yang sangat bermakna dengan 4 tajuk menarik bagi memantapkan skill perniagaan dan meningkatkan motivasi kami. 

Slot pertama dengan suntikan semangat dari co-founder of the Diamond Circle Team, CDM Norain Nizar "Siapakah Anda Usahawan TDC". Jelas terpancar aura dan semangat di permulaan bengkel.

Slot kedua dengan tajuk "Bagaimana Menjana Jualan RM10,000 sebulan" dari DSM Azza Amri yang berkongsi rahsia untuk boost sales di social media secara teknikal. Latihan praktikal juga dilakukan untuk meningkatkan keyakinan diri audience dan menunjukkan teknik yang betul ketika melakukan aktiviti perniagaan.

Slot seterusnya "Bagaimana Mendapatkan Rakan Kongsi" dari DDM Nurul Ain Zulkarnaind. Ibu muda yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama berkongsi bagaimana kita bekerja secara berkumpulan lebih efisien berbanding bekerja sendirian.

Bengkel ini juga ada booster untuk Italy/Umrah trip daripada founder The Diamond Circle sendiri, CDM Shaliza Aziz. Sungguh meremang bulu roma kami!! Cara dah ada, strategi dah ada, peluang di depan mata...apa tunggu lagi?? Tangkap!!!



Turut hadir memberikan semangat motivasi ialah CDM James yang telah bersama2 SHOM selama 24 tahun. 24 tahun bukan waktu yang sekejap untuk membuktikan sebuah company yang kukuh di pasaran. Beratus2 CDM telah lahir dalam SHOM dengan income bulanan 6 angka keatas...

Me with my direct leader bakal DDM Fiza Mahazir
 

Wakil2 TDC Utara bersama bakal CDM AinZulkarnaid


Nak BERJAYA mesti ikut tindakan orang BERJAYA, baru kita pun capai perkara yang sama. Matlamat mesti jelas. Nak berjaya mesti ada ILMU & MENTOR Mesti disusuli dengan TINDAKAN dan selalu RUJUK .Sentiasa BULAT HATI barulah dapat kejayaan bersama².


Bengkel ini umpama sesi PECAH RAHSIA oleh speaker!! Banyak rahsia terbongkar dan ramai yang ingin tahu berniaga cara TDC. Pemimpin tak lokek ilmu, sedia dirujuk dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk team.


Ini bukan skim cepat kaya, tapi kalau buat betul-betul memang boleh jadi kaya. Bukti dah banyak. Berjaya atas keyakinan, komitmen dan usaha keras. Do it with passion!! Do it with your heart!! Confirm menjadi-jadi...💪💪💪

 Lets be part of our team & be my next protege.

Post a Comment

nRelate Posts and Homepage