Resepi Min Kaffe Panna Cotta



Taraaa...ini lah Panna Cotta dengan Bepang Hazelnut



Bahan-bahan untuk Panna Cotta

2 sudu teh serbuk gelatin
60 ml air
935 'pouring cream' – krim putar rendah lemak
150 gram gular aising
1 sudu teh perisa vanila
2 sacet Min Kaffe

Bahan-bahan untuk Bepang Hazelnut
1 cawan gula kastor
¼ cawan air
60 gram kacang hazelnut dicincang

Bahan-bahan untuk Krim Putar
200 ml krim putar
1 sudu teh gula aising

Jom tengok cara buat Panna Cotta ni :

Cara membuat Panna Cotta
a) Tuangkan gelatin ke dalam 60 ml air dan biarkan selama 5 minit.
b) Masukkan krim, gula aising, vanila dan Min Kaffe ke dalam kuali di atas api sederhana sambil
dikacau hingga larut.
c) Tuangkan larutan gelatin dan biarkan merenih dengan api kecil sehingga gelatin larut
sepenuhnya.
d) Kemudian tapiskan ke dalam jug.
e) Tuangkan larutan ke dalam gelas ataupun acuan
f) Sejukkan selama sekurang-kurangnya 6 jam ataupun semalaman

Cara membuat Bepang Hazelnut
  1. Panaskan gula dan air di dalam kuali dengan api sederhana sehingga gula bertukar warna
  2. Campurkan hazelnut cincang dan pusing-pusingkan kuali supaya hazelnut dan gula melekat rata dan sebati
  3. Kemudian tuangkan ke kertas pembakar/penyerap
  4. Biarkan sehingga sejuk sepenuhnya

Cara membuat krim putar
  1. Putar krim dan gula aising dengan menggunakan pengadun elektrik. Mulakan dengan kelajuan rendah dan naikkan kelajuan secara perlahan-lahan sehingga mencapai tahap 'soft peak' iaitu krim baru sahaja mencapai tahap “melekap (just cling)” iaitu krim masih melekat pada pengadun apabila pengadun diangkat.
  2. Masukkan krim yang telah diputar ke dalam beg piping dengan muncung berbintang

Cara hidangan
Picitkan krim ke atas panna cotta dan hiaskan dengan bepang hazelnut yang dicincang.

Bagi penggemar Min Kaffe, wajib cuba resipi mudah ni tau. Mesti lah tak sabar nak cuba resepi ni kan... Jangan risau kalau tak dak stok Min Kaffe boleh hubungi no dibawah ni :-



Post a Comment

nRelate Posts and Homepage