Salam Nuzul Al-Quran

Salam 17 Ramadan 1437 kepada semua Muslimin dan Muslimat ;)  Salam Nuzul Al Quran. Al Fatihah buat para sahabat & perwira yang syahid di Perang Badar. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, berilah keampunan-Mu kepada kami, pertemukanlah kami dengan malam Lailatul Qadar & berkatilah 10 malam terakhir kami. Amin, Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin.

‘Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan untuk itu serta pembeza antara yang benar dan yang batil’ Al-Baqarah 2:185

AMALAN YANG SERING DILAKUKAN PADA NUZUL AL-QURAN


Selalunya bila tiba Hari Nuzul Al-Quran kita digalakkan beriktikaf di masjid, sembahyang berjemaah dan seterusnya bersembahyang Tarawih dan Witir, membanyakkan membaca Al-Quran dan bertadarus beramai-ramai, membanyakkan berdoa, beristighfar memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala, membanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.

Allah dah menjanjikan permulaan Ramadhan itu Rahmat, Pertengahannya adalah MAGHRIFAH (Keampunan) dan Penghujungnya adalah Kebebasan daripada Api Neraka. Jadi tanggal 17 Ramadhan masih dalam pertengahan bulan Ramadhan jadi ini adalah masa MAGHRIFAH. Jadi inilah masanya juga kita perlu perbanyakkan amalan-amalan baik terutama yang sunat seperti Zikirullah, Solat Sunat, Membaca Al-Quran dan sebagainya agar kita memperoleh keampunan dari yang MAHA PENGAMPUN lagi MAHA BESAR. Dan kita juga akan melangkah ke 10 hari terakhir Ramadhan yang salah satu malamnya lebih baik dari 1001 malam. Jadi kita ambil tarikh besar Nuzul Al-Quran ini agar bermula mencari Fadhilatnya sebelum terlambat… InsyaALLAH.

Post a Comment

nRelate Posts and Homepage