Throwback TDC Utara Photoshoot

Assalamualaikum Semua :)

Sejak buat business ni banyak betul gambar dalam handphone. If dulu2 sebelum buat bizness memang malas rasaya nak bergambar. Perasan tak cantik, dah tu rasa badan gemook plk. Tu yang rasa ralat sangat nak bergambar..huk3. Tapi sekarang dah sawan cemera pulak..Hahahaa.. Mana taknya gambar tu kan imej kita. Nak berniaga kan, tak kan nak letak gambar kucing ke?  gambar bunga ke? gambar makanan ke? dan sebagainya. Kalau dah ghitu gambarnya untuk profile berani ke orang nak berurusan dengan kita. Nak berniaga mesti lah professional. Letak real pic okey.. ;)

Kat sini, akak nak throwback la gambar photoshoot dgn geng2 TDC UTARA. Sejujurnya pertama kali nak berphotoshoot. Dari cemas, cuak segala tu bertukar kepada excited laaa pulak. Tema hitam, grey @ kuning. Dari cari baju hingga la nak bermakeup punya la risau. Seriuosly.... masa nak makeup tu terbeliak mataku melihat bermacam-macam jenis gincu, eye shadow, berus dan bedak dalam set makeup MUA ni.. hikhikhik.

Pic sebelum makeup. No filter, berani mati pic nie, hik3..

Pic selepas makeup. 
(Yg ni guna handphone je)

Sekali imbas.. macam tak percaya yg pic ni..pic kita???

Bersama MUA (MakeupArtist) 

Lepas sesi makeup dan touch-up tuu, tiba lah masa untuk ambil  gambar. Adoooii!!..1st time nie... perasaan masa tu memang nervous laa, excited pun ada.. muka tak tau la mcm mana bila menghadap kamera. Cameraman pulak asyik cakap "haa kiri sikit, senyum sikit, dagu ke atas sikit, pusing sikit, ooopppss!!..senget ke kanan sikit!..okey great!" Tuu diiaaa.. ghitu rupanya kena posing-posing bagai. Sebelum ni tengok gambar2 leader berphotoshoot je tapi tak sangka kan hari tu kita pulak merasainya.. inilah orang cakap kadang-kadang angan-angan tu boleh jadi kenyataan. hik3






Memandangkan ini pengalaman pertama, mestilah banyak kekurangan masa nak berposingkan. Rasa mcm kayu je, tegak jee,..senyum pun tak pandai..Ingat senang photoshoot ini rupanya kena ada feel masa bergambar. Acah-acah model professional la sikit..kuikuikui...Hampir setengah hari juga la shoot hari tu. Ingat kejap je, rupa2 nya ambil masa jugak laa. Tak pe..pengalaman kan. Yang penting seronok dan suka apa yang kita buat ;) 

 With my TDC Leader Utara (DDM Ain Zulkarnaind)

With mydirect leader (DSM Fiza Mahazir)

Dalam biznes ni kami bukan saja diajar nak buat biznes tapi juga cara penampilan imej. Jom layan gambar bersama geng2 TDC Utara. Inilah pengalaman pertama kami. Memang riuh & macam2 ragam aksi semasa photoshoot dijalankan.

 With mypartner (SSM Nadiah Ahmad)

      




Bersama-sama2 geng TDC Utara

 MUA 1

MUA 2 

   MUA 3

MUA 4
 Hari photoshoot tu je kami ada 4 MUA ((MakeupArtist) 



Yang tengah tu Photographer :Yatie Zaki" at Krypictures Venture


Last sekali photographer tu suruh kami buat "free style' Aaaasudaahh!! style mende pulop ni nak tunjuk. Last-last tu la style macam kat atas tu..hahaha.  Moment ni sangat best sangat even pada mulanya kami segan and malu-malu sikit. Tapi bila dah lama tu ok lah kann.. Apa2 pun thanks pada founder The Diamond Circle iaitu CDM Shaliza Aziz bersama DDM Yong kerana sudi bagi peluang merasai untuk berphotoshoot nie..

Oh ya!!.. pic kat atas semua ni dari handphone camera je. Tunggu ya hasil dari studio "Krypictures Venture" punya pic. Mesti lagi cantik & jelas gambarnya kan!!..next entry.. tungguuu!!!....

Kalau yang kat luar sana tu berminat sertai kami, sila contact no akk dibawah ya!!


Post a Comment

nRelate Posts and Homepage