Selamat Tahun Baru 2016


Tak terasa tahun 2015 telah tinggalkan kita semua. Semua kisah dan cerita yang kita tulis ditahun 2015 telah tinggal memori suka dan duka yang silih berganti dan akan  usang berganti dengan kisah baru ditahun 2016. Semoga momentum yang lalu akan menjadikan kita  insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya :)


Welcome 2016, 


Apa azam 2016 anda ?. Seperti biasa, masuknya tahun baru kita mula cakap pasal azam. Bagus juga kan. Sekurang-kurangnya kita sediakan satu masa dalam setahun untuk buat muhasabah pencapaian diri dan seterusnya buat kemas kini terhadap sasaran dan matlamat dalam kehidupan. Tahun, bulan, minggu, hari dan waktu adalah pedoman untuk kita jadikan ukuran masa.
Bagi Siti pula, awal-awal tahun ini hanya plan utk keluarga, untuk anak2 dan untuk biznes bagi memantapkan lagi usaha untuk tambah pendapatanku. Simple je kan azam 2016. Tak nak lah membebankan diri dgn azam yg terlampau2 tinggi untuk dicapai kannn...
Azam biarlah yang mudah atau kecil-kecil sahaja. Asalkan azam yang kecil itu dilaksanakan dengan konsisten, ianya adalah jauh lebih baik berbanding azam yang hebat-hebat tapi buat bagai hangat-hangat tahi ayam.
Akhir kata, Siti ucapkan selamat tahun baru 2016 untuk semua pembaca yang mengunjungi blog www.sitinorizamishak.com. Saya doakan agar tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun yang lalu untuk semua. Doakan juga untuk saya.
SALAM IKHLAS dari :) 

Post a Comment

nRelate Posts and Homepage