Kelebihan Mandi sebelum Subuh

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan*


Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:-

01: Kulit lebih lembut dan halus;

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air

yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran

hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan 

pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak 

mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


02: Melancarkan peredaran darah;

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan

bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.


03: Meningkatkan kesuburan;

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi 

pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon

estrogen untuk wanita.


04: Mengurangkan risiko darah tinggi;

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara

 untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia

diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.


05: Mengurangkan tekanan serta tenang;

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat

anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh

itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.


06: Meningkatkan sel darah putih;

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan.

Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh 

melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.



Selamat mencuba & selamat beramal




Post a Comment

nRelate Posts and Homepage