Tips Sebelum Balik Kampung Sempena Hari Raya

Minggu ini adalah minggu yang dinanti-nantikan dan ketika ini semua sedang sibuk bersiap-siap untuk pulang ke kampung. 
Wahh...dah ready ke semua? 


Dalam keghairahan kita nak balik ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
 Kali ni Siti nak kongsi tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidil Fitri.
 
Jom check sebelum tinggalkan rumah. 
Antaranya ;
  1. Sebelum perjalanan pastikan kenderaan diservis sepenuhnya.Pastikan kereta anda dalam keadaan tip top. Servis kereta untuk memudahkan perjalanan anda. Jangan sampai tersadai di tepi jalan kerana kehabisan air bateri, temperature naik, minyak hitam kering dan sebagainya. Tension tau kalau kereta buat hal kat jalan! Tak pasal2 kena keluar duit nak towing ke bengkel huhu.
  2. Peralatan elektronik. Mesti pastikan semua suiz dah turn off. Lepas tu tanggalkan plug dari soket. Memang tak boleh tinggalkan macam tu je. Mana la tau .. kot² ada litar pintas. Kita jugak yang susah nanti. Jadi lebih baik beringat² sebelum terjadi sesuatu.
  3. Pastikan rumah dikunci sepenuhnya dan Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut.
  4. Pastikan memandu dalam keadaan tenang dan tiada perasaan marah kecewa dan sebagainya.
  5. Pastikan tiada kerosakan yang boleh menggangu perjalanan. Pastikan peti first aid perlu di isi dengan ubat-ubatan yang sepatutnya dan untuk yang mempunyai bayi, pastikan kelengkapan untuk bayi tersedia.
  6. Pastikan tidur cukup secukupnya untuk mengelakkan tertidur ketika perjalanan.
  7. Sebelum memulakan perjalanan, isi air dan pastikan tekanan angin tayar dalam keadaan sempurna.
  8. Bagi perjalanan yang jauh, ambil rehat secukupnya.
  9. Pastikan tiada barangan tertinggal dan mulakan perjalanan dengan berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.
 
 So, di harap tips2 yang Siti kongsikan ni dapat menambah sedikit idea sebelum balik kampung okey? Siti mengucapkan selamat bercuti kepada semua di seluruh negara.Selamat balik kampung dan berhati²lah dijalan raya
Post a Comment

nRelate Posts and Homepage