Kebaikan Daging Kambing


Hari ini rasa free sikit nak update blog..Hoyeeaahh!!.. esok company tempat siti kerja shutdown sehingga 3th February 2014.  So,pada semua chinese people "Gong Xi Fa Chai".. and yg tak celebrate raya "Happy Holiday" bersama family tersayang...
Petang-petang ni tetiba tekak ni nak makan daging kambing.. teringat masakkan mak iaitu "Kambing Masak Kurma"  Sebenarnya kalo buat BBQ lagilah sedapkan.. Orait! kat sini siti nak share sikit ttg kebaikan kita memakan daging kambing... 
Jom layan.. 
^____^

Di kalangan masyarakat kita, tanggapan bahawa daging kambing tidak baik untuk kesihatan sudah mula diterap dalam minda sejak dahulu lagi. Ekoran daripada tanggapan ini, ramai yang tidak berfikir panjang untuk menolak apa jua hidangan daging kambing. Namun persoalannya sejauh mana kebenaran tanggapan tersebut?

Ramai daripada kita tidak tahu bahawa 63% daripada daging merah yang digunakan setiap hari sebenarnya adalah daging kambing. Malah, permintaan terhadapnya adalah tinggi di merata tempat termasuklah dinegara-negara Barat, Timur Tengah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Caribbean.

DiMalaysia, bagaimanapun permintaan terhadap daging kambing tidaklah setinggi mana. Ia berikutan dua faktor iaitu pengguna tidak tahu di mana hendak mendapatkan daging kambing. Kebanyakkan pasaraya hanya menjual daging kambing biri-biri (mutton atau lamb)

Faktor kedua adalah tanggapan salah bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol tinggi yang membahayakan jantung. Ternyata tanggapan ini tidak benar sama sekali apabila ia berpunca daripada salah faham mengenai daging kambing biasa dan daging kambing biri-biri. Mungkin setelah mengetahui sendiri perbezaan dan frasa yang digunakan dalam melabelkan kambing dan kambing biri-biri secara tidak langsung mampu mengubah persepsi anda mengenai salah tanggapan ini.


PERBEZAAN KAMBING DAN KAMBING BIRI-BIRI
 

Kambing (Goat)
- Ekornya menegak keatas.
- Biasanya diternak bagi mendapatkan hasil daging dan susu.
- Daging kambing biasa dikenali sebagai 'chevon'.
- Daging bagi anak kambing dikenali sebagai 'cabrito' atau 'capretto'.
- Dagingnya rendah lemak dan rendah kolesterol.

Kambing biri-biri (Sheep)

- Ekornya jatuh kebawah.
- Diternak bagi mendapatkan bulunya.
- Daging bagi kambing biri-biri dewasa dikenali sebagai 'mutton'.
- Daging bagi anak kambing biri-biri dikenali sebagai 'lamb'.
- Dagingnya mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi.


KEISTIMEWAAN DAGING KAMBING
Tidak seperti daging kambing biri-biri, daging kambing biasa mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang sangat rendah. Ia sangat ideal bagi mereka yang sangat menitikberatkan soal kesihatan. Keistimewaan lain yang terdapat dalam daging kambing termasuklah:- Baik untuk jantung dan ia disyorkan oleh American Heart Association bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan yang melibatkan jantung.
- Ia kaya dengan protein dan ratio lemak sihat.
- Mengandungi zat besi dan potasium yang tinggi beserta dengan tahap sodium yang rendah.
- Kandungan kalori dan kolesterolnya lebih rendah berbanding daging lembu dan ayam.
- Tiada pencemaran hormon seperti daging ayam dan pencemaran bakteria sepertimana yang ada pada ikan. 

Opp!! So apa pendapat uolls tentang kelazatan daging kambing? 
Emm!!..nak tukar selera pulak ke?...
 Terpulang la pada kehendak masing-masing ya...
Sharing is Caring
~LOVE ~

Post a Comment

nRelate Posts and Homepage