Puasa Sunat Hari Arafah - 9 Zulhijjah 1433


Salam Sayang Semua!!!

Sekejap je masa berlalu… bila ye nk g buat buat haji. 
 Termenung sejenak, alangkah bagusnye kalo time ni ada kat Mekah.
 Mesti lagi terasa nikmatnye kann….
.tapi xpa Allah ni maha adil,
 walaupun kita belum menjadi tetamu nye, 
kita bole melakukan puasa sunat…
So,, hari ni tentu ramai yg mengambil peluang ini kan..
termasuklah siti sendiri..

Alhamdulillah!!..

 
 
Puasa hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) adalah disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan ibadat Haji.
 
Lafaz niat puasa sunat ‘Arafah adalah seperti berikut:

“Sahaja aku puasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Ta’ala”

 
Kelebihan puasa Hari Arafah
Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
 Maka Baginda bersabda: 
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” 
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

 


Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. 
InsyaAllah.
 Kalau betul niat, betul cara.

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

“Puasa hari Arafah, 
sesunguhnya aku berharap Allah swt
 agar menghapuskan dosa setahun
 yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” 
– (Hadith riwayat Tirmidzi)

 sumber lanjut, meh click:sini 

 
Post a Comment

nRelate Posts and Homepage