Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran..


Assalamualaikum... 

Salam Ramadhan & Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran...(17 Ramadhan 1433H.) . Rasa mcm bru semlm kita start puasa, tup2 dh 17hari b’lalu..tpi taun ni Siti rasa lebih COOL & syok sangat sebab dekat dgn kampung halaman. Kalo dulu sebagai anak perantau, mesti windu giler kat kampung. Sekarang dh dekat, setiap minggu bole 'buka & terawih sama-sama dgn mak abah , mak mertua  adik bradik @ sanak saudara. Seblum tu mari kita renung sekejap apa makna disebalik 17hb Ramadhan1433H


PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN;
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain. 

 Photo: Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran....

Istimewa kan Hari Nuzul Al-Quran brada dlm bulan Ramadhan tahun ini.So..., marilah gunakan Ramadhan yang mulia ini sebagai pengukuh kasih sayang dalam keluarga. lakukan amalan bersama ahli keluarga, pasti kenangan ini akan diingati selamanya. Bangun & bersahur sama-sama, berbuka sama-sama, solat berjamaah, membaca Quraan sama-sama, keluar membeli/shopping sama-sama & macam-macam lagi boleh buat sama-sama. Sesunguhnya keluarga yang sentiasa bersama akan menghasilkan aura/tenaga yang positif yang akan mendekatkan diri kepada kebahgiaan & keselamatan. Apa yang lebih penting adalah hati yang sentiasa dekat. Bila fizikal dekat, maka hati insyaAllah bertambah rapat & lebih dekatNya, insyaAllah... Siti rasa anda pun setuju sesangatkan -~together2~ dlm aktiviti Ramadhan kali ni..

Tapi sebelum tu jgn lupa untuk list down ur checklist yer. Bukan checklist utk Bulan Syawal jer perlu.Bulan Ramadhan ni wajib buat senarai di bawah :)

 
 
Macam biasalah kan,dalam bulan ramdhan ni kita diajar untuk menahan makan dan minum..pada bulan ni lah kita bebas dari hasutan syaitan.Cuma kita perlu kawal hawa nafsu sendiri jer….

Kalau dulu zaman kanak2 tak sabar nak sambut raya... tapi sejak dah b'keluarga ni.. rupanya ramadhan lagi indah... Bulan yang penuh keberkatan.. keampunan..kenikmatan... kesabaran.. dan bulan berganda segala amalan dan juga rezeki... Banyak yang boleh dimulakan sempena ramadhan ni... Ramai yang menjadi individu baru sempena ramadhan ni....

Semoga Ramadhan ni menjanjikan yang terindah.. yang terbaik.. dan paling cemerlang dalam hidup kita sebagai seorang muslim dan muslimah...
 
Hopefully, Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan dalam bizness yg siti ceburi sekrg & diberkati  kehidupan harian bersama keluarga t’cinta. Semoga Allah juga limpahkan iman dan rezeki buat kita semua. Amin…..
Post a Comment

nRelate Posts and Homepage